Monday, September 20, 2010

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh


Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Perang Semantan

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

Rentap

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

Penentangan Rentap

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam.

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
 

Mat Kilau




Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang

*Sejarah perjuangan*


Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato’ Bahaman . di Kelantan (Foto Tok Janggut)Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut


Dr. Burhanuddin Al - Helmy



Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (1911, Kota Bharu - 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia) merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Awal kehidupan
Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di  India 


Aktiviti


Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.
Presiden PAS
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956, hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia

Thursday, September 16, 2010

Tun Ghazali Shafie



* Pembentukan Malaysia * 

Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan. Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970..

 * Sumbangan * 

Satu lagi penghormatan ialah terpilih sebagai ahli dalam Pasukan Eminent Persons Komanwel untuk Afrika Selatan bagi memberi sokongan kepada proses rundingan pelbagai parti pada 1981, ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan, ahli Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Sri Lanka, dan Pilihan Raya Bosnia Herzegovina serta Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihan Raya Bangladesh. Setelah meletak jawatan daripada kabinet pada Julai 1984, beliau menumpukan perhatian pada bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa. Antaranya menjadi Pengerusi Landmarks Holding Bhd ,MUI Finance, Pengerusi Paremba, Pengerusi Lembaga Penasihat Rolls-Royce Asia Tenggara, Pengerusi Westmont Bank Manila, Filipina, Pengerusi Intermega Energy NL, Australia. Beliau pernah menjadi Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) dari 1962-1988. Dari 1993-1995 beliau menjadi Karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menjadi pengasas dan presiden pertama Galeri Seni Negara pada 1959, Ahli Majlis Pengelola Universiti Malaya, Ahli Majlis Gerakan Negara (Mageran), Pengerusi Majlis Pengelola Institut Teknologi Mara, dan ahli pengasas Malayan Forum, United Kingdom. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Ghazali menjadi Presiden Kehormat Seumur Hidup Kelab Penerbangan Diraja Selangor serta Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (1962-1988), sehingga beliau diberikan Anugerah Tokoh Sukan pada tahun 2002 mengenai hal ehwal luar, serta bertugas sebagai perunding World Bank Economic Development Institute..

Dato Onn Jaafar




* Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) *
 
UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946,diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Matlamat utama penubuhan UMNO ialah untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.Cogan kata utama parti ini iaitu 'Hidup Melayu' digunakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mempertahankan kedudukan serta hak istimewa mereka. Dalam perlembagaan baru UMNO pada tahun 1949 ,tujuan utama yang ditetapkan bagi parti ini ialah kerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu .Sejak itu UMNO menjadi tulang belakang kepda pergerakan memerdekakan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957..

Sunday, September 5, 2010

TUN TAN CHENG LOCK

TUN TAN CHENG LOCK



Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
Pada 27 Februari  1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk:
  • menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu
  • melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina
  • bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme
  • bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu.

Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang, disebabkan apa yang dikatakan ketiadaan kerjasama Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.


Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditaja oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

Saturday, September 4, 2010

tOkOh KeMeRdEkAaN: Tun Sambanthan







 




 Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia

Biografi ringkas:
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com